Profil Takahashi Ai

Kemunculan sulung Takahashi adalah pada singles "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~", dan dia muncul buat pertama kali di fourth studio album 4th Ikimasshoi!.

Pada awalnya, dialek Fukui Takahashi telah menarik perhatian dari penonton televisyen dan ahli-ahli Hello! Project yang lain. Dia telah membesar dengan baik sejak dia berpindah ke Tokyo dan mengambil latihan vokal professional, tetapi dia masih tersasul dalam dialek Fukui jika dia dalam keadaan takut atau terkejut. Ini telah menjadi subjek utama untuk Takahashi di dalam "Joshi Kashimashi Monogatari."

Pada 2003, dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Pada 2006, dia menjadi salah seorang ahli dalam Metro Rabbits H.P.. Apabila Kago Ai diberhentikan dari aktiviti kerana skandal rokok, Takahashi dilantik sebagai kapten yang baru.

Dalam Ribon no Kishi: The Musical, Takahashi memainkan peranan sebagai watak utama, Sapphire.

Pada musim panas 2006, Takahashi memperkenalkan solo singles yang pertama, "Yume Kara Samete."

Pada 2 Januari 2007, Tsunku mengumumkan yang Yoshizawa Hitomi akan berundur dari Morning Musume pada 6 Mei 2007, Fujimoto Miki menjadi ketua kumpulan yang baru, dan Takahashi menjadi naib ketua Morning Musume.

Pada 1 Jun 2007, UFA membuat kenyataan mengejut yang menyatakan Fujimoto Miki berundur dari Morning Musume mengikut jejak langkah Yaguchi Mari dan Takahashi menjadi ketua kumpulan yang baru.